Posts

Showing posts from August, 2022

Isu semasa - Amalan teknik mencuci tangan

Image
  Isu yang telah hangat pada tahun 2019 sehinggalah sekarang tahun 2022, kita masih lagi dalam kawalan untuk menjaga diri, sentiasa mencuci tangan, menggunakan pelitup muka serta menggunakan hand sanitizer. Di sekolah, khasnya pusat asuhan, taska dan tadika amat menitikberatkan tentang amalan mencuci tangan. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, memcuci tangan dengan Teknik yang sempurna perlu diamalkan bukan sahaja oleh orang dewasa seperti kita di rumah bahkan pengendali pusat asuhan serta guru. Memamng sudah biasa kalau disebut mencuci tangan sebelum dan selepas makan kannn.. begitu juga selepas masuk ke tandas ataupun selepas memegang barang yang kotor. Kita sebagai guru ni, kena mengambil berat tau mengenai teknik mencuci tangan. Selalunya, apabila kita lihat pengendali pusat asuhan mengajarkan sesuatu perkara kepada kanak-kanak kecil, penggunaan kata kunci yang menarikpastinya akan tambah membuat mereka seronok untuk mematuhi arahan serta mudah untuk mengingat. Kanak-k

Isu semasa - Penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak

Image
  Kita tau kan kita ni sering dilanda pelbagai penyakit. Lagi-lagi la untuk seusia kanak-kanak. Jum kita kenali apakah penyakit yang selalu dijangkiti oleh kanak-kanak pada masa sekarang. Kebanyakan kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit adalah disebabkan oleh system pertahanan mereka belum terbentuk dengan sempurna. Pada peringkat inilah, semula jadinya system pertahanan badan mereka masih belum cukup matang untuk berhadapan dengan pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang terdapat di persekitaran. Leh yang demikian, kurang rangsangan yang diterima oleh sistem pertahanan untuk menghasilkan bahan seperti antibodi. Haaaa walaupun begitu, perkara yang dilalui oleh kanak-kanak ini hanyalah sebahagian daripada proses mematangkan sistem pertahanan badan mereka je Kalau diikutkan juga, kanak-kanak ni juga berisiko dijangkiti penyakit kerana kebanyakan mereka ni aktif dengan aktiviti di luar sana. Tetapi tak juga salahkan kalau kanak-kanak memang aktif bermain di luar dari segi so