Isu semasa - Penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak

 

Kita tau kan kita ni sering dilanda pelbagai penyakit. Lagi-lagi la untuk seusia kanak-kanak. Jum kita kenali apakah penyakit yang selalu dijangkiti oleh kanak-kanak pada masa sekarang. Kebanyakan kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit adalah disebabkan oleh system pertahanan mereka belum terbentuk dengan sempurna. Pada peringkat inilah, semula jadinya system pertahanan badan mereka masih belum cukup matang untuk berhadapan dengan pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang terdapat di persekitaran. Leh yang demikian, kurang rangsangan yang diterima oleh sistem pertahanan untuk menghasilkan bahan seperti antibodi. Haaaa walaupun begitu, perkara yang dilalui oleh kanak-kanak ini hanyalah sebahagian daripada proses mematangkan sistem pertahanan badan mereka je

Kalau diikutkan juga, kanak-kanak ni juga berisiko dijangkiti penyakit kerana kebanyakan mereka ni aktif dengan aktiviti di luar sana. Tetapi tak juga salahkan kalau kanak-kanak memang aktif bermain di luar dari segi sosial dan fizikal mereka. Kalau ye pun aktif kena ada batas juga la kan. Maksudnya jangan terlalu layap bermain sampaikan memudaratkan kesihatan atau keadaan cuaca yang tak mengizikan juga haaaa.

Terdapat pelbagai jenis kuman yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai kategori virus yang mengakibatkan penyakit kaki, tangan dan mult mahupun influenza, selain bakteria yang menyebabkan berlakunya radan paru-paru  dan serangan parasite iaitu cacing. Perebakan penyakit ini boleh berlaku menerusi sentuhan, pernafasan, makanan atau minuman, bawaan serangga atau mahkluk perosak  dan melalui perkongsian peralatan peribadi serta alat mainan.

Seterusnya dekat bahagian ini, saya akan memberi penerangan yang ringkas mengenai beberapa penyakit yang sering dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak di rumah ataupun di pusat asuhan mengikut kategori :

1.    - Penyakit demam dan ruam

2.    - Penyakit tangan,kaki dan mulut (HFM)

1. Penyakit demam dan ruam 

Demam campak

-          Berpunca daripada jangkitan virus campak

-      Perebakan menerusi cecair atau titisan daripada saluran pernafasan sentuhan langsung dengan cecair hidung atau hingus atau tekak ( menerusi semasa bercakap, batuk atau bersin )

-          Mudah merebak kepada kanak-kanak yang belum menerima atau keciciran imunasi campak

-          Tanda dan gejala : demam, ruam di bahagian muka, kepala atau badan, selsema, mata menajdi merah atau sakit mata (konjunktivitis) serta badan lemah dan lesu

-          Tempoh pengeraman adalah dalam lingkungan 14 hari ( tempoh berjangkit , 4 hari sebelum dan 4 hari selepas ruam timbul )

-          Terdapat komplikasi seperti radang paru-paru, selaput otak dan menyebabkan kematian

-      Pencegahan penyakit ini dengan memberi 2 dos suntikan imunisasi kepada kanak-kanak berumur 9 bukan dan 1 tahun

 

Demam denggi

-         Merebak menerusi jangkitan nyamuk aedes

-         Nyamuk aedes sering mencari mangsa pada awal pagi dan waktu senja

-         Ini lah yang berlaku kepada kanka-kanak yang bermain di luar kawasan rumah pada waktu petang. Tak asinglah kalau kumpulan ini adalah yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi

-          Tanda dan gejala : demam panas, sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot atau ruam

-     Tempoh pengeraman adalah antara 3 sehingga 10 hari ( tempoh jangkitan, 5 hari selepas seseorang mengalami demam

-     Perkara utama dititikbertakan untuk mencegah : kebersihan rumah, pusat asuhan dan persekkitaran dengan memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan termasuk buangkan tayar terpakai, bekas atau tin kosong serta terbalikkan pasu bunga yang tidak digunakan

 


 

 2. Penyakit tangan, kaki dan mulut ( HFMD Disease )

Penyakit ini lah yang sering berlaku. Takut-takut juga la kalau terkena dengan anak buah sendiri kan. Jadi, saya pun kena berhati-hati dan kena tahu bagaimana nak sembuhkan penyakit ini. Mereka yang dijangkiti mempunyai ruam lepuh pada bahagian mulut, tangan dan juga kaki.

-    Perebakan berlaku dengan cepat  terutamanya di pusat asuhan  akibat pergaulan antara kanak-kanak menerusi sentuhan pada lepuh di badan pesakit. SEntuhan pada barangan yang telah disentuh oleh pesakit akan dicemari dengan cecair atau air liur juga menyebakan risiko dan mampu merebakkan penyakit. Seperti kes ini, kebanyakan berlaku di pusat asuhan di mana kanak-kanak banyak bersentuhan dengan peralatan mainan seta terdedsh dengan tuala mandi yang bergantungan.

-       Jika ibu bapa mengesyaki anak-anak mengalami gejala, maka haruslah cepat pergi jumpa doktor untuk pengesahan ye. Itulah langkah pertama untuk dilakukan..

-         - Tempoh peneraman adalah antara 2 hingga 5 hari ( tempoh jangkitan, melalui najis pesakit- agak lama hampir sebulan iaitu 28 hari selepas pesakit mula mempunyai gejala )


Jadi... 
inilah antara serba sedikit pengetahuan mengenai penyakit yang menyerang kanak-kanak sekarang... Tidak terlambat untuk ibubapa di luar sana untuk mengambil tindakan awal untuk mencega yeeee..kesihatan ini sangat penting tau untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak

in

Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Isu semasa - Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Lia)