Isu semasa - anak lambat bertutur? mari kita menggalakkan Kemahiran Literasi Awal melalui aktiviti yang menarik (Lia)
Membaca dan menulis merupakan kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian. Kanak – kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini dari usia yang muda biasanya dapat mengharungi dunia akademik dan kerjaya professional dengan jayanya. Pandangan umum adalah kanak – kanak belajar membaca dan menulis semasa prasekolah atau Darjah 1 sahaja. Kenyataan ini ada kebenarannya, memang kanak – kanak mula membaca semasa prasekolah, tetapi sebenarnya apa yang berlaku sebelum itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak – kanak belajar membaca dan menulis.
Kajian menujukkan kanak – kanak dengan kemahiran pertuturan dan bahasa yang baik lebih bersedia untuk menerima pelajaran, khasnya mereka lebih bersedia dan lebih mudah untuk belajar membaca dan menulis. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, dan banyak yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak mereka berjaya di sekolah. Kebanyakan aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggalakkan kemahiran literasi awal secara menyeronokkan.
Pasti tertanya – tanya, apa itu kemahiran literasi awal? Literasi awal merupakan segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh kanak – kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis. Kemahiran literasi awal ini boleh dipupuk oleh ibubapa semasa kanak – kanak berada pada lingkungan umur 2 – 5 tahun.
Dunia kanak – kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak – kanak mempelajari sesuatu dengan paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila kita sedang berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga untuk memperkenalkan konsep literasi awal perlulah dengan cara yang menyeronokkan.
Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak – kanak mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran literasi awal yang baik lebih mudah belajar membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis yang lebih baik membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Terdapat pelbagai cara yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kemahiran literasi awal. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti untuk menggalakkan kemahiran literasi awal. Jadilah ibu bapa dan penjaga yang kreatif. Berseronoklah bersama anak kerana ini akan meniti kejayaan yang cemerlang dalam kemahiran membaca dan menulis buat anak.
Comments
Post a Comment