Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

 Sering kita dengarkan masalah atau kes-kes yang berlaku kepada kanak-kanak yang berada di pusat asuhan. Kita sebagai ibubapa harus peka terhadap kepentingan dalam mengetahui  aspek penjagaan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan atau tadika. Apakah kepentingannya? 

Pelbagai isu kesihatan dan keselamatan yang disiarkan di media sosial mahupun di media cetak berkaitan dengan kecuaian dan kemalangan yang berlaku di pusat asuhan atau tadika. Sesungguhnya, isu seperti ini menimbulkan kebimbangan masyarakat, khususnya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke agensi ini. Ini adalah antara kes yang berlaku :

1.    Kes tercekik atau terseduk susu

2.    Kes kanak-kanak jatuh

3.    Kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh ( kes Bella )

4.    Kes buli



Kes tercekik atau tersedak susu

Hakikatnya, anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan mahupun tadika kebanyakkannya masih lagi meminum susu. Sejak akhir-akhir ni kan, ramai juga la kita semasyarakat sering dikejutkan dengan berita kematian bayi dan kanak-kanak sewaktu di bawah jagaan taska atau pusat asuhan. Ini disebabkan dengan susah bernafas dan tercekik susu. Sebagai pengendali pusat asuhan, kemalangan yang berlaku di tempat mereka ialah satu bencana yang mungkin menutup pintu rezeki mereka. 

Sebenarnya, apakah langkah-langkah yang harus mereka dilakukan apabila berhadapan dengan situasi getir sebegini? Kebanyakkan kes tercekik atau tersedak susu yang berlaku mampu dicegah dengan melakukan perkara asas yang boleh dipelajari demi mengelakkan kemalangan seperti kematian terjadi.


Kes kanak-kanak jatuh

Kes kanak-kanak yang terjatuh dari tempat yang tinggi juga antara kemalangan yang membimbangkan. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun sememamngnya memerlukan pengawasan yang ketat daripada orang dewasa. Mereka berada pada fasa pertumbuhan fizikal yang berlaku dengan cepat dan tanpa dijangka kanak-kanak ini sudah mulai bergerak dengan pantas. Contohnya, bayi yang berumur 3 bulan tanpa disedari akan mula berpusing untuk meniarap.

Isu yang selalu di dengar ialah kecuaian pengasuh yang membiarkan anak walaupun seketika di atas katil atau meletakkan mereka di tempat tinggi untuk menukar lampin dan tanpa sengaja meninggalkan mereka ( walaupun sekejap ) tanpa disedari kanak-kanak akan bergolek dan jatuh. Selepas kejadian itu terjadi, pengasuh sepatutnya cepat memaklumkan kemalangan itu kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa melihat terdapat tanda atau kesan yang membimbangkan seperti muntah, kejang badan atau mereka menjadi tidak aktif, rawatan harus diberikan secepat mungkin. 

Kanak-kanak yang masih kecil, terutamanya bayi sangat mudah untuk mendapat kecederaan organ dalaman ataupun gegaran otaknya jika terkena impak yang kuat. Keadaan ini juga amat membimbangkan jika berlaku kecuaian dalam kalangan pekerja pusat asuhan yang membiarkan bayi kecil ini terdedah kepada keadaan berbahaya. Kemungkin kecederaan ini memberikan kesan mendalam kepada kehidupan kanak-kanak itu. Jadi, pengendali pusat asuhan harusah memberi perhatian sepenunya ke atas keselamatan , bukannya hanya memikirkan keuntungan yang bakal diperoleh setiap bulan.


Kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh

Sekiranya sesuatu musibah yang berlaku atas kecuaian pengasuh akibat tidak begitu cekap atau kurang ilmu dalam menjaga kanak-kanak, perkara inilah turur menjadi suatu kerisauan kepada ibu bapa. Walaupun kecederaan yang berlaku itu bukan suatu yang dirancang yang agak 'cliche' ( tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ), sebagai pengasuh kena bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak kecil ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Dengan kata lain, kecederaan yang berlaku di pusat asuhan boleh diibaratkan sebagai mimpi ngeri dan tidak dapat dilupakan oleh ibu bapa itu.

Sebagai contoh, kes dera yang telah tular di sosial media melibatkan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Kisah menyayat hati ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Fizo di akaun Instagram miliknya memaparkan adik Bella didakwa berada di sebuah pusat kebajikan dengan keadaan yang sangat menyayat hati dimana seluruh tubuh badannya termasuk tangan, dada, leher dan paha luka dipercayai akibat melecur. Wanita tersebut bertanya mengapa tubuh badan adik Bella semakin kurus, salah seorang daripada individu yang berada di situ menjawab hal itu berlaku kerana Bella kurang makan. Dia sekali lagi bertanya apa sebenarnya yang terjadi tetapi individu berkenaan hanya memaklumkan dia tidak tahu apa-apa berkaitan perkara tersebut.

Tidak terhenti di situ, wanita ini kemudian mempersoalkan tindakan mereka yang tidak membawa adik Bella klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan meskipun lukanya sudah teruk. Jelas individu terbabit, dia tidak pasti bila kali terakhir Bonda membawa Bella ke klinik. Menurutnya lagi, mereka hanya menyapu krim dan memberi makan ubat sahaja.

Menurut sumber, Bella yang berusia 13 tahun ini sudah mendiami pusat kebajikan itu sejak setahun yang lalu. Sementara itu, Fizo Omar menerusi kapsyen di Instagram memaklumkan, kes penderaan terhadap Bella dikatakan sudah dilaporkan sejak 24 Jun yang lalu dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Dalam pada itu, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap si pelaku. Berita yang disiarkan pada 8 Julai lalu setelah isu kes dera Bella tular di media sosial. Hak penjagaan individu yang sebelum ini diberi kebenaran untuk menjaga seorang kanak-kanak orang kelainan Upaya (OKU) dilucutkan serta-merta atas perintah mahkamah. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan intervensi untuk menghentikan hak penjagaan kepada orang yang layak dan sesuai terhadap adik Bella, 13, yang kini di bawah jagaan JKM. Pada 12 Julai 2021, Rumah Bonda dilucut hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella, melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan 5 Julai lalu.




Berdasarkan kewujudan pelbagai isu ini seharusnya membuka mata ibu bapa untuk membuat perancangan yang bijak dalam memilih pusat asuhan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan keselamatan anak mereka. Ternyata ilmu tentang kesihatan dan keselamatan kanak-kanak akan membuatkan ibu bapa lebih peka dengan perubahan yang ditunjukkan anak mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku


Kes buli 

Terdapat juga kanak-kanak yang dibuli secara fizikal atau emosi oleh rakan sebaya mereka atau oleh kanak-kanak yang lebih dewasa daripada mereka di pusat asuhan. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan mereka terdiri daripada pelbagai umur. Tindakan kanak-kanak yang lebih besar seperti memukul atau mencubit dan menyakiti bayi tanpa memahami sebarang kesan akibat perbuatan mereka itu dilihat agak menakutkan




Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Obesiti di kalangan kanak-kanak