Isu semasa - Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Lia)
Assalamualaikum, selamat sejahtera, ok hari ni saya nak cerita sedikit tentang Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, mesti ramai yang tahu atau pernah dengar tentang isu ni kerana isu ini memang tidak asing lagi, salah seorang ahli keluarga saya ada berkhidmat sebagai seorang anggota polis di Cawangan Siasatan Jenayah Seksual,Wanita & Kanak-kanak dan dia berkongsi cerita kepada saya kerana dia tahu betapa masalah ini semakin serius dalam masyarakat kita, tidak mengira bangsa semua sama bagi ku kerana saban hari hari kes berkaitan jenayah seksual pada kanak-kanak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak sering terdedah kepada pelbagai bahaya seperti kemalangan, penculikan, penderaan fizikal dan emosi serta kekejaman seksual. Berbanding jenis penderaan lain, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah bentuk kekejaman yang paling teruk kerana mampu memberi kesan jangka pendek dan panjang.
Bayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa apabila kepercayaan yang diberikan oleh mereka dibalas dengan penderaan seksual yang kesannya kekal sehingga akhir hayat. Jika trauma yang dihadapi mangsa tidak ditangani dengan betul, mereka akan mengalami pelbagai simptom seperti kemurungan, kegelisahan, masalah tidur, tiada selera makan, ketakutan, sukar mempercayai orang lain serta kecenderungan menjadi seorang pendera apabila dewasa. Dalam tempoh 10 tahun tersebut, kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung merangkumi 23.9 peratus, diikuti bapa tiri (23 peratus), bapa saudara (18.7 peratus), abang kandung (12.5 peratus), sepupu (7.2 peratus), abang ipar (5.3 peratus), abang tiri (4 peratus), datuk (1.6 peratus) dan datuk tiri (1 peratus).
Menurut data yang dikumpul polis, mereka yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk juga kenalan keluarga, jiran, guru, anggota polis dan tentera, guru agama dan pengawal keselamatan. Statistik polis di antara 2013 dan 2016 turut menunjukkan sebahagian besar kes rogol, mencabul kehormatan dan liwat melibatkan kanak-kanak dilakukan oleh mereka yang dikenali mangsa. Kita sering mengingatkan anak-anak tentang bahaya yang bakal menimpa mereka jika berkenalan dengan orang asing sedangkan di sekeliling kita sebenarnya terdapat lebih ramai yang bersikap seperti musang berbulu ayam atau haruan makan anak.
Dalam kebanyakan kes penderaan seksual kanak-kanak, laporan polis lambat atau langsung tidak dibuat kerana mangsa atau ahli keluarga mahu menjaga nama baik mereka. Bagi kes yang melibatkan bapa atau bapa tiri, kemungkinan besar laporan polis tidak dibuat kerana mereka bimbang akan kehilangan sumber pendapatan apabila ketua keluarga dikenakan tindakan undang-undang. Pada tahun 2017 1 Undang-undang baru telah di perkenalkan bagi pengendalian kes-kes seksual terhadap kanak-kanak iaitu Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, di mana terdapat lebih banyak seksyen-seksyen yang boleh di kenakan kepada si pesalah yang cuba menjadikan kanak-kanak sebagai alat pemuas nafsu mereka. Pecahan sekyen yang lebih seperti bagi kes dimana mangsa di ganggu secara seksual dari segi fizikal, lisan atau mempengaruhi mana-mana kanak-kanak untuk melakukan perbuatan seksual, menonton ataupun berbual perkara lucah semua kesalahan itu akan di hukum dengan hukuman yang berat.
Mahkamah Khas kes-kes seksual terhadap kanak-kanak juga di bina kerana kes seperti ini sangat sensitif bagi mangsa, keluarga serta meletakkan isu ini sangat di pandang serius oleh pihak kerajaan. Pada pendapat aku selain kanak-kanak, para ibu bapa juga perlu di beri pendedahan dan ilmu tentang jenayah seperti ini kerana kebanyakkan para ibu lebih rela menyebelahi suami yang durjana dari membela nasib anak kecil yang menjadi kerakusan si suami, ada juga ibu, ayah yang tidak mempercayai anak-anak apabila anak mereka mengadu ada orang buat perkara terkutuk itu hingga menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dalam 1 tempoh yang lama perkara itu sangat menyayat hati.
Kebimbangan yang dia rasa sekarang bagaimanakah nasib mangsa-mangsa jenayah seksual ini di masa hadapan, kerana dari pemerhatian dia selama ini banyak remaja yang terlibat dalam masalah sosial ialah mangsa-mangsa rogol, cabul ketika mereka kecil, tidak dapat di bayangkan jika statistik kes ini semakin meningkat apa akan jadi pada generasi akan datang,dan apa yang boleh saya simpulkan pada hari ini semakin hilang tahap kewarasan, keperimanusiaan dalam diri ,masyarakat kita.
Comments
Post a Comment