Isu semasa - Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak (Lia)

 Penggunaan alatan gajet terhadap anak-anak menjadi satu trend pada masa kini. Bukan hanya anak-anak diberikan alatan gajet malah bayi seusia 0 hingga 2 tahun turut didedahkan dengan pengunaan gajet.


    Sebuah laman rasmi sosial digelar Public Health Malaysia telah berkongsi, Jika anda ada anak yang berusia 2 tahun ke bawah, jangan rosakkan mereka dengan NODA gadget. Ini kerana ianya boleh memberi gangguan masalah pertuturan & hubungan sosial mereka kelak. Kajian telah membuktikan bahawa pendedahan skrin gadget menyebabkan gangguan perkembangan skill pertuturan dan hubungan sosial anak-anak. Hanya panggilan video sahaja dibenarkan untuk anak-anak bawah 2 tahun Kerana ia mempunyai komunikasi 2 hala. Ramai ibu bapa teruja ketika kali pertama si kecil mula bercakap. Walaupun agak pelat dan menggunakan beberapa patah perkataan saja, ia cukup menggembirakan hati ibu bapa. 

    Menurut 'pakar kanak-kanak Wiess, Gordon dan Lillywhite (1987)', apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah bilangan kosa kata sekurang-kurangnya 200 patah perkataan. Namun bagi kanak-kanak berusia dua tahun yang masih tidak bercakap, ini adalah tanda serangan awal kepada masalah pertuturan.


Kesan buruk serta dampak negatif penggunaan gajet terhadap tumbesaran anak 

1.Gejala ketagihan. 

Benda pertama yang boleh kita nampak dari pendedahan tanpa kawalan terhadap gajet pada kanak kanak ialah gejala ketagihan. Ya, mungkin kita rasa sifat kanak kanak itu menangis meronta apabila benda yang dia nak tak dipenuhi adalah normal. Tapi jika setiap hari amukan terjadi, bermakna anak anda sudah ketagihan. Apabila ketagihan sudah membelenggu anak anda, maka anak anda kini sudah berada didalam dunianya sendiri dan mengganggap gajet adalah kawan baiknya. Bermula dari sinilah pelbagai kesan buruk akan timbul. 

2. Bersifat ganas. 

Dari sudut perkembangan kognitif, kekerapan bermain gajet akan mencipta dunia khayalan yang serba pantas dan canggih. Permainan yang disediakan di gajet juga memperlihatkan aksi aksi yang ganas dan tidak sesuai seperti memukul, menghentak, membaling dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa kanak kanak berusia bawah enam tahun masih belum boleh membezakan diantara dunia nyata dan alam maya mahupun khayalan. Mereka ingat bahawa segalanya adalah nyata. Aksi aksi ganas dan tidak sesuai pada peringkat usia mereka ini boleh menyebabkan mereka mentafsir ianya adalah perkara biasa dan normal untuk dilakukan. 

3. Kurang sabar. 

Kanak kanak yang ketagihan gajet juga dikatakan mempunyai tahap kesabaran yang rendah. Bagi sesetengah situasi yang memerlukan mereka untuk bersabar, duduk diam dan mendengar akan menjadi satu tekanan pada mereka. Mereka tidak betah untuk memberi tumpuan mahupun untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan fokus. Bagi kanak kanak yang berusia bawah 6 tahun, mereka akan melepaskan kemarahan terhadap sesuatu yang menguji kesabaran mereka. Seperti apabila bateri gajet habis, mereka akan menangis, menghempas dan membaling gajet atau barang berhampiran dengan mereka. Mereka tidak boleh menahan sabar atas perkara perkara yang membuatkan mereka menunggu. 

4. Tahap komunikasi bahasa yang rendah. 

Satu lagi kesan buruk yang sering dihadapi oleh kanak kanak yang ketagihan gajet dan boleh memberi kesan terhadap masa depan mereka ialah tahap komunikasi mereka yang rendah. Kanak kanak seperti ini hanya menjadikan gajet sebagai teman mereka dan tiada hubungan komunikasi 2 hala yang berlaku. Mereka mudah mengikut apa yang mereka lihat walaupun tidak tahu sekiranya ia betul ataupun salah kerana komunikasi 2 hala tidak berlaku, hanya komunikasi sehala saja yang terjadi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kanak kanak lambat bercakap, tidak mahu berbual, tidak mahu berkawan, dan sukar untuk menyampaikan apa yang mereka fikir atau rasakan. 

5. Kemahiran motor kasar dan halus terbantut.

 Dari sudut perkembangan saraf motor dan sensori pula, ketagihan gajet memyebabkan anak-anak ini mempunyai tahap perkembangan motor kasar dan motor halus yang rendah. Mereka akan kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga tidak suka explore benda baru seperti kanak kanak normal. Aktiviti aktiviti lasak seperti mengayuh basikal, bermain bola, memanjat, melompat akan mereka hindari menyebabkan mereka kurang cergas dan bertenaga. Aktiviti motor halus pula seperti memulas tombol pintu, membuka penutup botol, memegang pensil, mengoyak kertas, dan menulis akan menjadi satu perkara yang menyukarkan buat mereka. Sering terjadi perkara seperti ini hinggakan masyarakat melabel anak-anak ini 'anak manja', terlalu dimanjakan ibubapa.

    Kesimpulan bahaya serta kesan buruk gajet terhadap anak. Jadi betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak anda adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka“ blog ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan kita, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara agar luka jahitan bersalin cepat sembuh cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan saraf otak mereka. Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi masa kini dengan cara ini. Rata-rata kajian mengesyorkan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda.

Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Obesiti di kalangan kanak-kanak