Isu semasa - Masalah ekonomi keluarga kanak-kanak


Tahukah anda bahawa masalah ekonomi dalam keluarga boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak? Ya, masalah ekonomi itu pasti ada pada setiap orang dan individu. 

        Pada masa kini, masalah ekonomi semakin meningkat kerana selepas PKP akibat penularan virus penyakit iaitu COVID19 yang bertular sudah hampir 4 tahunnya. Oleh sebab itu peningkatan masalah ekonomi semakin meningkat. Banyak keluarga yang terjejas pendapatan dan keperluan makanan dan harian. Dan banyak juga dibuang kerja atau diberhentikan kerja oleh sebab faktor ketidak stabilan ekonomi syarikat yang tidak mampu untuk membayar gaji pekerja-pekerja dan sebagainya. Bagaimanakah masalah ekonomi keluarga boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak ? 

        Masalah ekonomi keluarga boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak seperti tidak dapat makan makanan yang berkhasiat, sukar untuk membuat aktiviti yang berbayar di sekolah, dan boleh menganggu perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak tersebut. Selain itu, perkembangan kanak-kanak sangat terbatas akibat maslaah ekonomi keluarga ini. 

        Akan tetapi kerajaan sudah pasti akan memberi pelbagai bantuan untuk keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah kini ramai juga orang biasa selain dari kerajaan memberi bantuan. Dan banyak sekolah yang percuma untuk kanak-kanak kurang berkemampuan untuk melanjutkan pembelajaran mereka setara seperti knak-kanak yang lain. 

        



Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Isu semasa - Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Lia)