Isu semasa - Penderaan Kanak-Kanak (Lia)

Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.


Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial

  • Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi ‘survival’, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.
  • Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
    • Penderaan fizikal
    • Penderaan seksual
    • Penderaan emosi
    • Pengabaian

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

  1. Penderaan fizikal
    • Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
      • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
      • Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.
    • Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
      • Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal
      • Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya
    • Buli, dan “shaken baby syndrome” adalah sejenis penderaan fizikal
  2. Penderaan Seksual
    • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
      • Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
      • Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
    • Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
  3. Penderaan emosi
    • Biasanya sukar untuk dibuktikan
    • Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
      • Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)
      • Tabiat suka mengenakan orang lain
      • Memperkecil dan memalukan
      • Menolak perawatan
      • Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap
  4. Pengabaian
    • Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas
      • Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
      • Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)
      • Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)
      • Emosi
        • Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak
        • Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
        • Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah
      • Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

Apakah ukuran permasalahan ini di Malaysia?

  • Penderaan kanak-kanak berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia, bagaimanapun ianya masih kurang dilaporkan sama seperti mana-mana bahagian lain di dunia. Kes yang dilaporkan ini hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan.
    Ok last but not least, ambillah tanggungjawab di mana sahaja kita berdiri. Berdiri sebagai penjaga memerlukan iman yang kuat di hati untuk melihat anak kecil ini sebagai anugerah yang terindah dan ibu bapa harus menjadi institusi untuk membimbing serta mendidik anak-anak mereka supaya lebih bertanggungjawab, lebih berwaspada dan mempunyai jati diri yang kental untuk menghadapi cabaran yang ada.

    Keluarga juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan bebas daripada segala bentuk keganasan. Tanggungjawab memberi perlindungan dan menjamin keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Selain ahli keluarga, masyarakat seperti jiran, para guru juga perlu memainkan peranan sekiranya ternampak, terdengar ada kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, segera lah ambil peluang untuk membantu mereka, kerana anak kecil ini tidak mampu untuk menyelamatkan diri mereka tanpa bantuan dari orang dewasa.

Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Isu semasa - Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Lia)