Kenali perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek

 Apabila disebut mengenai perkembangan kanak-kanak, sebenarnya merujuk kepada perubahan tingkah laku yang berlaku secara teratur dan kemampuan mereka untuk mencapai suatu keupayaan pada sesuatu peringkat umur. Inilah adalah antara tahap perkembangan yang dapat diperhatikan dan dinilai berdasarkan 4 aspek, iaitu :

1.    Kemahiran motor kasar

2.    Kemahiran motor halus

3.    Kemahiran bahasa, komunikasi dan pendengaran

4.     Komunikasi sosial peribadi


Kemahiran motor kasar

Secara umum. kita tahu kemahiran motor kasar adalah berkaitan dengan aktiviti bergerak sambl berguling, berjalan, berlari, melompat atau menunggang dan sebagainya. Pada masa ini, keseimbangan dan koordinasi adalah penting untuk  memastikan kemahiran motor tersebut dikuasai. Sebarang kelemahan yang kelihatan  dalam kemahiran motor kasar ini akan menjadi petanda kepada wujudnya masalah fizikal seseorang bayi atau anak-anak berkenan, contohnya dia mungkin lambat berjalan atau berlari berbanding dengan rakan sebaya.


Kemahiran motor halus

Sementara itu, antara kemahiran motor halus termasuklah koordinasi mata-tangan yang melibatkan pergerakan mata mengikut objek ( mainan kecil, blok dan bijirin )





Kemahiran bahasa, komunikasi dan pendengaran 

Kemahiran bahasa, komunikasi dan pendengaran merangkumi tiga komponen utama iaitu percakapan, kejelasan pertuturan dan kefahaman bahasa. Ketiga komponen ini saling bekait antara satu sama lain demi memastikan kelancaran dan kefahaman komunikasi mampu dikuasai dengan baik.


Kemahiran sosial peribadi

Bagi kemahiran sosial peribadi anak-anak merangkumi tindak balas dan interaksi mereka dengan ibu bapa, pengasuh serta rakan sebaya yang lain. Kemahiran inu bukan shaja dilihat dari aspek keupayaan interaksi secara berseorangan malah keupayaan seorang anak-anak itu berinteraksi dan bersosial dengan orang lain juga turut diberikan tumpuan. Keupayaan anak-anak untuk turut serta dan mampu bergaul bersama-sama rakan sebaya dan bermain dalam permainan berkumpulan




........Hakikatnya, kebolehan anak-anak akan semakin meningkat dari suatu peringkat umur ke peringkat seterusnya. Perubahan yang berlaku dalam proses perkembangan anak-anak ini membantu mereka untuk mencapai kematangan. Sekirannya tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya mengikut  umur masing-masing, setiap ibu bapa bertanggungjawab memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka..... Malahan, jika perlu anak tersebut harus dibawa berjumpa doktor denga segera bagi pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sebarang sifat abnormal yang mungkin berlaku.


Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Obesiti di kalangan kanak-kanak