Penculikan kanak-kanak

Kes penculikan kanak-kanak semakin saban hari semakin meningkat. Kes penculikan kanak-kanak sangat dibimbangi oleh ramai masyarakat. Penculikan dilakukang oleh penculik untuk dijadikan kanak-kanak sebagai tebusan, untuk perdagangan menjual kanak-kanak, atau untuk menjual organ kanak-kanak. Hal ini sangat dikhuwatiri oleh ibu bapa di luar sana. Apabila seorang kanak-kanak diculik oleh orang yang tidak dikenali, kebanyakan kanak-kanak itu boleh dijumpai tidak lama kemudian.
Walau bagaimanapun, ada kes-kes terpencil dimana mangsa diculik selama beberapa bulan atau tahun, malah ada yang dibunuh dengan kejam. Di Amerika Syarikat, hanya 0.0003% sahaja situasi ini berlaku daripada 465,000 kes kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan pada tahun 2016. Namun, ia masih menjadi mimpi ngeri bagi para ibu bapa. 
        Ada beberapa ciri umun penculik kanak-kanak agar semua ibu bapa boleh lebih berhati-hati dan sentiasa memerhati anak-anak. Penculikan jarang dibuat untuk tempoh yang panjang. Penculikan kanak-kanak yang dilakukan oleh orang tidak dikenali adalah sangat jarang terjadi. Majoriti kategori penculikan adalah didalangi oleh ahli keluarga sendiri. Bagi kes-kes penculikan oleh orang tidak dikenakli, kebanyakan mangsa dilepaskan selepas beberapa ketika. Kebanyakan penculik adalah lelaki. 95% penculik tidak dikenali adalah kaum lelaki. Dalam 115 kes dengan tempoh penculikan panjang di Amerika Syarikat, 40% daripada kes itu berakhir dengan pembunuhan mangsa manakala 32% lagi mangsa mengalami kecederaan teruk. Anggaran sekitar 10 penculikan yang dilakukan oleh wanita adalah berpunca daripada keinginan untuk mempunyai anak sendiri. Pada tahun 2002, New York Times penah melaporkan kes seoranag wanita yang menculiik seorang bayi dan memberiktahu teman lelakinya bahawa dia adalah bapa kepada bayi tersebut.
        Kebanyakan penculk belum berkahwin. Penculik kebanyakan mencari tempat untuk melampiaskan nafsu kerana tidak mempunyai pasangan,. 74% mangsa daripada kes penculikan oleh orang tidak dikenali adalah kanak-kanak perempuan dan kebiasaanya mereka hanya dikurung sementara sahaja. Mangsa penculikan seperti ini rata-rata mengalami penderaann seksual oleh si penculik. Penculik kebanyakannya terasing daripada masyarakat. Penculik rambang ini sememangnya menginginkan sekutu jenayah dari kalangan wanita, namun agak payah untuk dimiliki kerana penculik tidak mempunyai kemahiran sosial yang hebat. Mereka tidak mampu untuk menarik atau menggodaa sesiapa dan jarang memiliki bilangan rakan yang ramai. Disebabkan itulah mereka sering menyasarkan kanak-kanak kerana golongan ini lebih mudah didekati dan tidak mampu mempertahankan diri sendiri. 
        Jarang berinteraksi dengan kanak-kanak. Penculik amat berbeza dengan pedofil kerana merek jarang berkomunikasi dengan kanak-kanak. Pedofil sebaliknya sering mendapat kepercayaan dengan berbuat baik dan cuba bersahabat terlebih dahulu dengan mangsa sebelum mengambil tindakan berbahaya. Penculik pula lebih biasa dengan cara paksaan dan kekerasan, seperti menggunakan pistol atau pisau untuk mengugut kanak-kanak. 

Kesimpulannya, jika berlakunya penculikkan kanak-kanak segera laporkan ke polis dalam tempoh masa 24 jam. Ibu bapa atau penjaga hendaklah peka akan gerak geri kanak-kanak, memanta kanak-kanak, sentiasa dalam jagaan supaya tidak berlakunya penculikan. Sayangilah kanak-kanak.

Comments

Popular posts from this blog

Isu semasa - kes-kes yang berlaku di pusat asuhan

Isu semasa - Pengabaian kanak-kanak

Isu semasa - Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Lia)